Mengkritik FAM Ultras_Malaya

Kritikan dan ketegangan berlaku apabila Malaysia gagal dalam saingan kelayakan Piala Asia 2018 di stadium Shah Alam pada tahun 2015. Kumpulan Ultras Malaya telah membuat tindakan provokasi terhadap FAM di dalam stadium Shah Alam dan menyebabkan pihak FAM mungkin akan dikenakan tindakan disiplin dari pihak FIFA.

Kenyataan Bekas Setiausaha Agung Kon­fe­derasi Bola Sepak Asia (AFC),[2] Peter Velappan berkata, akibat tindakan liar penyokong Ultras Malaya sewaktu perlawanan menentang Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A itu, Harimau Malaya hampir pasti diberikan kekalahan 0-3 dan lebih teruk lagi dikenakan hukuman bermain di stadium tanpa penonton sehingga tiga perlawanan, sementara FAM akan dikenakan denda kewangan. Selain membuat provokasi membakar suar, mereka juga melaungkan sorakan "FAM BANGSAT" dan berkumpul di perkarangan VIP stadium sehingga pihak polis terpaksa menahan 2 orang dari kumpulan Ultras Malaya ini dan di bawa ke muka pengadilan.

[3][4]

Dikritik

Selepas peristiwa di stadium Shah Alam, Ultras Malaya telah dikritik oleh sebilangan media dan pengurusan badan sukan negara. Mereka telah dilabel sebagai "Hooligans", perusuh dan telah memalukan negara dengan tindakan mereka. Malah, pihak kerajaan juga telah menghalang beberapa pemimpin dan orang kuat Ultras Malaya dari memasuki stadium dalam pertandingan yang melibatkan pasukan kebangsaan.


TMJ Presiden FAM ingin berjumpa budak topi merah

Setelah perubahan tampuk pentadbiran FAM, Tengku Mahkota Johor (TMJ) di perlawanan pasukan malaysia di Hong Kong telah mengeluarkan kenyataan ingin berjumpa budak topi merah. Kenyataan TMJ "“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia..” - TMJ selepas kumpulan Ultras Malaya bersorak "FAM BANGSAT". Dalam pertemuan itu, TMJ menyatakan hasrat ingin menaja kumpulan ini kerana beranggapan kumpulan ini bersikap sebegitu kerana tidak mendapat tajaan.

Rujukan

WikiPedia: Ultras_Malaya http://www.astroawani.com/berita-sukan/curva-ultra... https://www.blogmazeer.com/2017/10/tmj-mahu-jumpa-... https://www.facebook.com/ultrasmalaya2007 https://www.foxsportsasia.com/football/asian-footb... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://www.bharian.com.my/node/81524 https://www.hmetro.com.my/arena/2017/08/259244/sun... https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/09/15/d... https://www.mstar.com.my/sukan/2017/08/29/final-ta... https://www.ultrasmalaya.com.my